Serai ditanam rapat berbaris,
Di batas sawah selang selangkah;
Andai semalam kasih tergores,
Ikhlas berserah usah bertingkah.

Gugur kemboja di laman bonda,
Berderai ke tanah bersama ranting;
Subur bersama di pangkuan kanda,
Ketawa hilai gema di samping.

Semangkuk selasih disimpan rapi,
Tutup rapat berkain kasa;
Semerbak kasih tiada bertepi,
Semakin erat di gerbang masa.

Sekapur sireh seulas pinang,
Buat santapan dua mempelai;
Subur kasih ikhlas kepalang,
Saat pertemuan bilakan sampai

Pohon mempelam di tepi hutan,
Nampak indah tegaknya subur;
Biarlah bersulam berpaut ikatan,
Bertapak megah kian menyubur.

foto-adyra

Salam Kasih Nan Mesra.
Adyra Az-zahra
Kuala Lumpur, April 27 2018