lompat ketinting di tepi muara,

sambil menatap wajah perahu;

buah kemunting  bulat rupanya,

isi di dalam berwarna ungu.

 

ke bukit makan laksa,

sambil duduk berlunjur;

isi kemunting enak rasanya,

jelira semua peringkat umur.

 

anak tenggiling dalam kebun,

anak landak berkejaran sana-sini;

pohon kemunting tumbuhnya rimbun,

tempat kanak-kanak bermain sembunyi.

 

pohon ketum pokok rambai ,

buah berangan dalam laci;

daun kemunting melambai-lambai,

penyeri sketsa desa  melati.

 

sungai lembing mengalir suram,

rumah beratap dalam taman;

rupa kemunting warnanya kelam,

enak  disantap ria berzaman.

 

nukilan : oui bin sal,Tanah Merah ,Kelantan.

 

 

Advertisements