Di kala kejora mula berputik
Di kanvas langit suci nan bersih
Berteman suraya setia memerhati
Menjadi hiasan potret buana
Di dalam sembah simpuh hamba memuji
Indah nian ciptaan tuhan
Lalu izinkan diri mendendangkan kidung
Tulus ikhlas buatMu Rabbi
Hati ini meronta lagi
Menghina mencemuh kekhilafan diri
Biarlah dondangan menjadi saksi
Luluh punah diri menginsafi
Air mata kudus tumpah lagi
Menangisi segala awan kelabu
Dalam diam masih berharap
Terbit mentari menyimbah bumi
Dalam lantur bibir melafaz bicara
Dalam nyenyat hati diangankan duniawi
Membiarkan gelemat menyingkap kerama
Membiarkan tubuh di pintu pawaka
Andai saat ini dipisahkan jasad
Bawalah roh mengiringi roh
Kerana aku amat mengerti
Sungguh, diri ini khilaf