e-Sastera.com

Masa Depan Tamadun Anda! (Sila klik logo untuk kembali ke halaman mula)

1. Tentang E-Sastera.com

PERHATIAN. Mulai Februari 2019, medan karya ini dipindahkan ke portal baharu, e-Sastera.Vaganza ASEAN di URL http://eSasteravaganza.com (ATAU diakses melalui URL asasnya http://sasteravaganza.wordpress.com).

PENGENALAN. Ramai pengkarya mula aktif menulis di alam siber melalui portal e-Sastera.com dari Februari 2002. Masa telah berubah dan e-majalah e-Sastera.com telah mengalami pelbagai perubahan dan dugaan. Paling menyedihkan, beberapa portal telah lenyap disebabkan dugaan teknologi. Kini e-Sastera.com menemui sdr semula melalui sistem WordPress yang dapat dianggap sebagai sistem laman web yang sangat stabil dan telah sekian lama bertapak di dunia maya. E-majalah ini memungkinkan pengkarya memasukkan pelbagai unsur elektronik ke dalam karyanya, termasuk animasi, audio, dan video. Karya yang disiarkan di sini juga dapat dikongsi terus ke Facebook, Twitter, dll.

E-SASTERA.COM – MAJALAH SASTERA SIBER PALING ULUNG DI DUNIA. MARI kita sama-sama menjadikan E-Sastera.com ini sebagai e-majalah sastera terulung di dunia. Siarkan terus karya sdr di sini atau hantarkan karya kepada kami di grup WhatsApp “E-Sastera.com @ WhatsApp” untuk kami siarkan. Selamat berkarya di media yang hebat.

(E-Sastera.com menggunakan pelantar WordPress yang sudah mantap dan kami yakin tidak akan menghadapi masalah keberterusannya).

PERHATIAN. Untuk tempoh awal penerbitannya, portal ini dinamai e-Sastera.com 2018. Nama ini ditukar kepada e-Sastera.com mulai 30.10.2018.

-Irwan Abu Bakar
Admin.

typing-animated-typewriter

1. UNTUK MENYERTAI LAMAN E-SASTERA.COM

Untuk menyertai laman E-sastera.com sebagai pengkarya dan menyiarkan karya-karya anda di situ, sila

1.1. Mohon Untuk Menjadi Pengguna Bertaraf Author

Permohon dapat dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara yang berikut:

(a) Isi borang permohonan di halaman Contact yang disenaraikan pada senarai PAGES halaman ini. Anda boleh ke halaman itu dengan mengklik pautan yang berikut:

Contact

Hantar borang itu. Kemudian tunggu INVITATION dari Admin di e-mel anda.

ATAU

(b) Hantar permohonan kepada Admin ke e-mel eSastera@gmail.com. Kemudian tunggu INVITATION dari Admin di e-mel anda.

ATAU

(c) Hantar mesej henfon kepada +60192680086 (Dr. Irwan). Kemudian tunggu INVITATION dari Admin di e-mel anda.

1.2. Terima Undangan Dari Admin

SETELAH ADMIN TERIMA PERMOHONAN ANDA, DIA AKAN ADD ANDA KE PORTAL ITU: 

(a) Anda akan terima (di e-mel anda) arahan yang berikut dari WordPress:

eSastera invited you to become an author on E-Sastera.com.
To accept the invitation, you will need to

  1. Sign up for a WordPress account. You can also sign in with your existing WordPress account if your already have one.
  2. Accept Invitation.
eSastera-Invite-Accept-button

Perhatian: Mulai 30.10.2018, portal ini ditukar namanya dari e-Sastera.com 2018 kepada e-Sastera.com.

(b) Anda terus ke langkah 2: Klik Accept Invitation.

(c) Kemudian isi borang berikut yang dipaparkan. Selepas itu klik Sign Up & Join.

eSastera-Invite-Accept-Form

(d) Anda akan dihantar ke laman e-Sastera.com di WordPress.com. Klik butang My Sites di sudut atas kiri. Kemudian klik butang View Site di jalur kiri. Anda kemudiannya boleh terus membaca karya dan menyiarkan karya di situ.

Anda juga akan menerima emel dari WordPress menyatakan bahawa anda sudah diterima sebagai ahli laman e-Sastera.com, seperti yang berikut:

e-sastera-notis-diterima-ahli

2. PANDUAN MELAYARI E-SASTERA.COM

(Boleh pilih GENRE atau PENGKARYA)

Di halaman pendaratan (halaman pertama yang dimasuki):

  • Klik genre (Category) karya: Anda akan dibawa ke halaman Category (iaitu halaman yang menyenaraikan judul semua karya daripada genre berkenaan).
  • Klik judul karya: Anda akan dibawa ke halaman karya (iaitu halaman yang menyiarkan karya berkenaan).

Di halaman genre (Category):

  • Klik judul karya: Anda akan dibawa ke halaman karya (iaitu halaman yang menyiarkan karya berkenaan).

Di halaman karya:

  • Klik nama pengkarya: Anda akan dibawa ke halaman pengkarya (Author) (iaitu halaman yang menyiarkan senarai semua hantaran yang disiarkan oleh pengkarya berkenaan).
  • Klik genre karya: Anda akan dibawa ke halaman genre (Category) (iaitu halaman yang menyenaraikan judul semua karya daripada genre berkenaan).

Di halaman pengkarya (Author):

  • Klik genre (Category) karya: Anda akan dibawa ke halaman genre (Category) (iaitu halaman yang menyenaraikan judul semua karya daripada genre berkenaan).
  • Klik judul karya: Anda akan dibawa ke halaman karya (iaitu halaman yang menyiarkan karya berkenaan).

3. PANDUAN MENYIARKAN KARYA DI LAMAN E-SASTERA.COM

man-writing-animated
  1. Log masuk ke WordPress.com.
  2. Klik >My Sites (di sudut atas kiri).
  3. Klik >Switch Site (jika perlu, iaitu jika anda mempunyai lebih daripada sebuah laman WordPress).
  4. Klik >E-sastera.com
  5. Klik >Blog Posts Add.
  6. Anda akan dibawa ke borang untuk menyiarkan karya. Siarkan karya melalui borang yang berkenaan:
Wordpress-Borang-Siar-Karya

Isi kotak Title dengan judul karya sdr dan kotak kosong di bawahnya dengan isi karya, seperti yang berikut:

e-sastera-halaman-siar-karya-closedup-2

Perhatikan juga senarai CONTROL di sebelah kanan borang itu. Setelah selesai mengisikan karya ke dalam kota siar karya, tekan Publish di sudut kanan atas. (Ikon Publish bertukar kepada Update dalam ragam edit):

e-sastera-halaman-siar-karya-closedup-3

Di jalur kanan halaman, terdapat juga item-item yang berikut:

  • Page Settings
  • Status
  • Categories & Tags
  • Featured Image
  • Sharing
  • Post format
  • More Options

Biasanya kita hanya gunakan Categories & Tags (untuk medefinisi genre karya yang hendak kita siarkan) dan Featured Image (untuk menyertakan imej di kepala karya itu).

KONGSI KE FACEBOOK. Setelah selesai menyiarkan karya, sila SHARE karya itu ke grup Facebook “E-Sastera.com 2018”. Butang kongsi karya ada di sebelah bawah halaman siar karya, seperti yang berikut:

e-sastera-share-butang-kongsi

LEARN WORDPRESS. Untuk menambah pengetahuan anda tentang WordPress, sila ke laman ini – https://learn.wordpress.com/

YOUTUBE. Klik untuk dengar:

—– NOTA TAMBAHAN —–

E-Sastera. com @ WhatsApp

WhatsApp-logo

Untuk memudahkan pengkarya (yang belum biasa dengan pelantar WordPress) berkarya di portal E-Sastera.com: Kami ada sediakan grup WhatsApp yang tersebut.
Pengkarya yang belum biasa dengan pelantar WordPress bolehlah menyiarkan karya di grup WhatsApp itu.

Pihak editorial akan memindahkan karya berkenaan ke portal E-Sastera.com dan kongsikan ke grup Facebook “E-Sastera.com 2018”.

(Kelemahan kaedah ini: Nama penulis tidak dipautkan pada senarai “author” karya itu. Maka penulis tidak dapat menlihat seluruh karyanya secara sekali gus dengan mengklik namanya).

Dr. Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 14.08.2018.

— TAMAT NOTA TAMBAHAN 

Kemas kini terkini: 25.02.2020 @ 4:41AM.

TAMAT 1.

NOTA. Dukacita dimaklumkan bahawa kami telah kehilangan url e-sastera.com. Sila akses laman ini melalui url asasnya: eSasteraDotCom.WordPress.com.

TAMAT.

Design a site like this with WordPress.com
Get started