(i)
Cengkerik bunyi di tengah padang,
Bingit menyeksa mahu menjerit;
Pabila sunyi mula bertandang,
Sakit terasa sangatlah perit.

(ii)
Kusutlah benang takkan terhurai,
Jarum tak jumpa entah ke mana;
Asyik terkenang tangis berderai,
Kosong dan hampa serba tak kena.

(iii)
Tikar disulam tersalah warna,
Pembeli mari kelamlah kabut;
Tidur di malam tidak sempurna,
Di siang hari wajah serabut.

(iv)
Sudah biasa memakan kari,
Terjumpa nanti pasti disebat;
Setiap masa menghitung hari,
Rindu di hati tersangat hebat.

(v)
Anaklah ketang berwarna unggu,
Asyik melompat ke mulut balang;
Cepatlah datang hari ditunggu,
Supaya dapat segera pulang.

ibnudin-assingkiri

IbnuDin Assingkiri
Pantai Sura, Kuala Dungun, 04 September 2018.