ISNIN 06.08.2018. Sebuah grup umum (public group) baharu yang dinamai “Neosastera” telah dibuka di Facebook hari ini. Grup itu dibangunkan di bawah akaun E-Sastera Malaysia.

Grup Neosastera menyediakan wadah untuk para pengkarya sastera menyiarkan karya dalam bentuk atau genre inovatif. Contoh genre yang dimaksudkan termasuklah syair pantun (syantun), pantun bebas, dan puisi balada.

Para pengkarya yang berminat boleh menyertai dan berkarya di grup itu.

Grup Neosastera dapat diakses di sini –

https://www.facebook.com/groups/893471634175520/