e-Sastera.com

Masa Depan Tamadun Anda! (Sila klik logo untuk kembali ke halaman mula)

Deklamasi Puisi

Gugur Selasa dan Semuanya

 

Di tangkai Selasa
gugur apa tidak kutahu
gugur apa?
kulurut Rabu
di kulit Khamis
Jumaat, dan Sabtu.

Saban petang
saban siang,
ala kadar saja
damai malamku
masihkah ada riang
pada Ahad?

Bimbang mula berkelana
taksiranku
akan ada kuntum-
kuntum Isnin
apakah ‘kan gugur lagi
menimpa puisi?

Di tangkai Selasa
hendak gugur,
gugurlah air mata
masih aku bertanya
kau di mana?

hasimah-harun-3

Oleh:
Hasimah Harun
(Rumput dan Angin Hlm:69)

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started