Jika kau datang, kawan
kaulihat sudah pergi, aku
kautunggu di sini
aku cuma berjalan kaki
menuju ke sana
cuma mahu aku bersendiri
menurut ke mana saja aturan hati
cuma aku berjalan kaki
tidak lama aku pergi.

Kepergian sebentarku
tanda tahu akan kedatanganmu
percayaku makin menipis makin melayang
tapi kalau kau ke mari
kautunggu aku di sini
kerana akan aku kembali
demi membuka kitab perhitungan.

Kian berdarah persahabatan
tunggu
ada perhitungan
di sini.

Hasimah Harun.
(Rumput dan Angin ms: 34)