Apa ada di sebalik baju?
Sekuntum bunga… atau bau yang harum
Tersimpankah segala rahsia
Atau terbongkar pabila mesra
Tepuk dada tanya selera.

Ada apa di sebalik jendela?
Senyum memikat… atau ranjang yang sarat
Apa insan lemas didarat
Menurut serakah puaskan hasrat
Hingga lupa hukum dan solat.

Ada apa di lorong itu?
Habuan..atau mesra pertemuan
Halal bukan lagi buruan
Hajat yang perlu dilampiaskan
Menurut nafsu iblis dan syaitan.

Ada sesuatu di tangga itu?
Ya… pasti ada ketenangan
Di setiap ruang ruang hati yang beriman
Kembalilah… saf itu tidak pernah menolak
Muhasabah pasrah
Dalam niat pasti ada anugerah
Bagi mencari kasih terindah
Menjadi bekal memburu raudah.

Ada apa… yang pasti ada…

zamri-abdul-rahman

Zamri abd rahman zamri
25.10.2018, 12.43pm