Kota suci Mekah menjadi saksi

Kelahiran agung mengungkap hikayat

Setelah sembilan bulan penantian

Terkalamnya syukur terhapuslah rawan

Buat ibu yang tabah bernama Lubabah

Hari berlalu tanpa sedar

Menjadi ibu pemimpin agung

Seorang insan bernama Khalid

 

Sang juragan lasykar nan terbilang

Membelah kekufuran sampaikan berantakan

Berzirah gagah menabrah diktator

Demi secubit emansipasi insani

Yang tidak genah dinaungi makhluk

Kalbu gelemat tiada terperi

 

50 perperangan sudah ditempuhi

Semuanya berkesudahan dengan kejayaan

Harapan syahid tiada ketemu

Manusia merancang Allah menentukan

Tidak terduga sang pemburu syahid

Semenjana berkelana di arus mimpi

Dijemput Ilahi dijodohkan ajal

 

Nilai juangmu yang takkan pudar

Walau dimamah sang mentari

Nilai taqwamu yang takkan usang

Walau terpalit kemas dalam coretan sirah

Nilai imanmu yang takkan sirna

Walau dicemar rembesan fitnah

Nilai tabahmu yang takkan bejat

Walau dipukul ombak kekufuran

 

 

 

Posted by:

Ilhan Najwan