bunga kenanga bunga melati,

mekar mengharum di taman indah;

salam sejahtera selamat pagi,

marilah teman bersenda dan bermadah.

 

sejahtera kita  di taman Firdaus,

bagaikan hidup seribu tahun;

muka berseri tanpa was-was,

insan ceria rajin dan tekun.

 

menahan bubu di tepi muara,

ikan  gelahak dimasak kari;

semaikan sikap bersaudara,

ceria  mesra setiap hari.

 

kayuh perahu ke lubuk antu,

sambil bergayut melihat panorama;

rakyat bersatu negara maju ,

agar kekal selama-lama.

 

oui bin sal

Tanah Merah,kelantan

28.10.2018e-sastera-sajak-ibnudin-Usah Biarkan