putik mempelam guyur ke tanah

tupai meloncat dahan ke dahan

kelaku jahat sekali tak pernah

hidup senang hati pun aman

melompat tupai sangatlah pandai

tapi akhirnya ke tanah jua

segala yang simpul akan terlerai

perkara yang salah jangan berahsia

tanah gambut tanah pamah

kebun menjadi sayur pun subur

hidup bermasyarakat perlu beramah

berduit lebih janganlah takbur

punjung menghijau berjulai kacang

gembur batas ditanam lada

jauhi dadah hati kan tenang

tubuh selamat diri bahagia

daun dan batang selalu dibelek

musim tengkujuh banyaklah pacat

fikirlah perkara yang molek-molek

hidup damai sepanjang hayat

Abdullah Hussaini, 20 Oktober 2018, Pahang.