Tiada arah mahu digarap
Nasib menimpa bumimu Palu
Sukarnya kata hendak diungkap
Tersentuh hati rasa terharu.

Betapa tanah mampu berpusar
Bangunan runtuh padang terbelah
Lumpur tersembul gunung bergegar
Gawatnya alam kuasa Allah.

Bak padang jarak padang terkukur
Kediamanmu ditelan bumi
Ribuan tewas ratusan gugur
Dilanda gempa ombak tsunami.

Tragedi Palu bagai mengingat
Hampirnya kita pada kiamat.

mokhtar-rahman

Mokhtar Rahman
Alor Setar, 15 Okt 2018