Anak Malaysia berjiwa asli
Bangun  subuh menunai solat
Telur dan teh tarik di pagi hari
Jadi idaman sepanjang hayat.

Makan pagi pengalas perut
Orang Malaysia begitu tabiat
Membanting tulang ke pagi larut
Berhenti makan apabila penat.

Nasi disuap sepinggan dua
Buat mengisi perut yang lapar
Di tengah hari begitu geraknya
Berakhir sebuah pagi mencabar.

irwan-abu-bakar-presiden

-IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 15.08.2018.

Dari: E-Sastera @ WhatsApp, 15.08.2018