(i)
Masaklah sudah kuih samosa,
Eloknya warna berinti manis;
Negara indah aman sentosa,
Flora dan fauna pelbagai jenis.

(ii)
Buahlah pauh di tepi bendang,
Manis isinya makanpun puas;
Pantainya jauh mata memandang,
Putih pasirnya terbentang luas.

(iii)
Ikan belanak turun muara,
Tahanlah pukat jangan dinanti;
Makanan enak buka selera,
Rasa memikat puasnya pasti.

(iv)
Di tepi kelok labuhkan pukat,
Rawainya pula dilepas nanti;
Budaya elok santun memikat,
Warganya pula baiklah hati.

(v)
Masak di rumah kuihlah baulu,
Untuk menjamu saudara-mara;
Warganya ramah senyum selalu,
Dirai tamu bagai saudara.

ibnudin-assingkiri

IbnuDin Assingkiri
Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat, 03 Oktober 2018