Puisi                                Teratak Kita

 

Pastikan teratak kita  tersergam indah teguh  gagah   perkasa. Teliti,  tapaknya

kuat  tidak mudah  retak  dipukul badai, tidak goyah gelegarnya  mudah patah

lantainya  tidak  mudah punah.   Dindingnya  jangan  dibiar renggang nanti

gelegar patah lantai jatuh ke tanah.

Teratak kita kalau tapaknya goyah, gelegarnya patah   rosaklah sendi patahlah

tiang seri. Di mana mahu melepas lelah lantaran  lantainya roboh patah dindingnya

punah- ranah. Atapnya tentu tidak dapat menahan   badai yang  datang menggagah.

Teratak  kita aku tidak walang ribut taufan datang  menyerang. Perkakas penahan

daripada  material terbilang pilihan terbaik kukuh tahan tapi jangan  sampai anai-anai

lembut yang datang  mampu memamah dalam diam cukup menggerunkan kalbu,

jiwa dan perasaan  sementelahan  berkongsi  hasrat bersama  spesis

berlainan  asal keturunan.  Tentu sulit  gerun dan mampu menggugat kedaulatan dan

membimbangkan kalian.

Teratakku,  teratak kita biarkan tersergam indah teguh  gagah  perkasa. Terbaik

terpelihara  terbela bersulam kasih, prihatin dan sayang  ibunda tercinta.  Rapi   gemilang di  persada terbilang untuk anak-anakku pada masa mendatang.

Abdullah AR,

Ogos  2018                                                                             Bandar Seri Jempol.