Puisi garapan Irwan Abu Bakar berjudul “Grafiti Hati” telah dibuatkan melodi untuknya oleh pencipta lagu Giwang Topo (Indonesia), dan dinyanyikan oleh Feryna Setyowati serta dirakamkan di Jogjakarta, Indonesia.

Aktiviti ini merupakan gabungan usaha dua negara yang diketuai aktivis sastera terkemuka Indonesia, Yo Sugianto.

VIDEO. Lagu Grafiti Hati.

Sebelum “Grafiti Hati”, sajak Irwan yang berjudul “Kulepaskan Dia Terbang” juga telah dijadikan sebuah lagu di Indonesia oleh Daladi Ahmad (lihat video):