Suka usik
sangat licik
bulu lembut
macam rambut

Suka garu
karpet baru
bunyi nyaring
lari pusing

Suka ikan
kuat makan
badan gebu
corak lembu

Suka panjat
pandai kinjat
buat hibur
hujung libur

Nukilan;
GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara,
Labuan, Malaysia.
10 Jun 2018IMG-20180610-WA0001