Syiling lama ada sejuta jiwa
buat aku sayang setiap masa
nostalgia menceritakan sepanjang nyawa
dikumpul dari usia muda
sampai waktu nikmatnya bertukar harta
bila tergadai wajah bertukar murka
suka mula menjadi duka
hilangnya menusuk ke dada
rasa sakit tidak terhitung masa
dari situ aku terima segalanya
yang pergi tetap tidak dapat diulang semula
hidup umpama roda dunia
kerana syiling lama menyatukan jiwa
yang lama diam dalam sangkar buana
tragis yang telah terluka
tidak dapat diganti dengan air mata
yang jauh menghilang saat tiada
umpama jasad terkubur di senja bisa
teruskan perjalanan untuk mencari bahagia
yang dapat mengubah sanubari yang masih sengsara
syiling lama tetap akan terus bicara

Nukilan;
GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara,
Labuan, Malaysia.
10 Jun 2018

1528573041658-1510845180