Riang-riang di tepi talam
duduk menatap selonggok gula
Biar siang mahupun malam
hatiku tetap padamu dinda.

love-heart-animated-2

Duduk menatap selonggok gula
dari pagi menahan lapar
Hatiku tetap padamu dinda
walau salji turun menghampar.

snow-on-land-2.jpg.png

Dari pagi menahan lapar
badan dialas daun rerama
Walau salji turun menghampar
sejuk panas kita bersama.

-IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 6.08.2018.