Puisi: Irwan Abu Bakar. Vokal: Feryna Setyowati. Lagu & Muzik: Giwang Topo.

GRAFITI HATI. Sekeping dinding putih bersih; dilanarnya cat warna, entah apa makna; pelbagai corak, sukar ditebak. Dinding bersih yang dikotori kini; ditinggalkannya sepi; terpalit di diri; sehamparan grafiti. Penggrafiti menghilang; membawa diri tanpa kembali. Yang dicalarnya ialah sedinding grafiti; yang dilontarnya ialah segenggam geram; yang dikendongnya ialah sebuah dendam. Dinding terkapai; bak kelapa ditebuk tupai. Kuala Lumpur, 4.3.2015.