[NOTA. Portal e-Sastera.com ini diasaskana kepada sistem WordPress. (Ia dinamai site atau “laman” dalam istilah WordPress). E-Sastera.com ialah laman penyiaran karya sastera elektronik (e-sastera), khususnya sastera siber. Untuk menyiarkan karya sdr di sini, sdr perlu menjadi pengguna.  Sila mohon menjadi pengguna daripada Admin portal ini melalui e-mel yang berikut:

eSastera@gmail.com.

Perhatian. Artikel ini (yang dinamai Post atau “hantaran” dalam istilah WordPress) telah diberi status STICKY oleh Admin. Maka ia akan sentiasa berada di kedudukan pertama pada laman pendaratan* (landing page) bagi site ini.]

*Laman Pendaratan: Muka surat site ini yang mula-mula terbuka apabila sdr pergi ke portal e-Sastera.com. Pada bila-bila masa, sdr dapat kembali ke Laman Pendaratan dengan mengklik header (atau kepala) laman ini, iaitu baris paling atas pada setiap paparan laman ini. 

esastera-2018-3esastera-2018

SALAM DARI ADMIN

Ramai pengkarya mula aktif menulis di alam siber melalui portal eSastera.com dari Februari 2002.

Masa telah berubah dan eSastera.com telah mengalami pelbagai perubahan dan dugaan. Paling menyedihkan, beberapa portal telah lenyap disebabkan dugaan teknologi.

Hari ini eSastera.com 2018 menemui sdr semula melalui sistem WordPress yang dapat dianggap sebagai sistem laman web yang sangat stabil.

Untuk menyertai e-Sastera.com, sdr perlu

1. Daftar diri dan bangunkan laman (site) sdr sendiri di WordPress. (Hal ini akan memudahkan proses sdr menyertai e-Sastera .com nantinya kerana sdr sudah sedia menjadi pengguna WordPress). Untuk mendaftar dan membangunkan site di WordPress, sila ke:

www.WordPress.com

2. Mohon untuk menyertai laman e-Sastera .com 2018 di sini:

eSasteraDotCom.WordPress.com/contact

3. Di e-mel dari eSastera yang mengundang sdr menyertai E-Sastera .com, sila klik ACCEPT INVITATION.

  • Langkah 4 dan 5 ini tidak perlu jika sdr sudah mempunyai laman WordPress sendiri melalui langkah 1 di atas.

4. Sebaik-baik sdr klik ACCEPT INVITATION: WordPress akah hantar borang pendaftaran (sign-up) di skrin komputer sdr. Isi borang itu dan klik SIGN UP AND FOLLOW.

5. Selepas mengklik SIGN UP AND FOLLOW.

6. Sdr dibawa ke laman e-Sastera .com.

7. Setibanya di e-Sastera.com 2018, sdr boleh membaca dan menyiarkan karya.

CARA MENYIARKAN KARYA DI E-SASTERA.COM 2018

1. Log masuk ke E-sastera.com.
2. Klik My Site.
3. Klik e-Sastera.com.
4. Klik Blog Posts ADD.
5. Sdr dibawa ke ruang untuk menyiarkan karya. Masukkan karya dan hantarkan karya itu dari situ.

man-writing-animated

Kemunculan e-Sastera.com 2018 ini diharap dapat menghasilkan karya yang lebih inovatif dan mencabar daripada apa yang dapat kita hasilkan di Facebook.

Selamat berkarya bersama-sama.

irwan-abu-bakar-akademik-2

-DR. IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 27.5.2018
(Dikemaskinikan pada 9.06.2018 @ 8:21AM)